Info - UberEATS Sudah Ada Di Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Beberapa hari lepas saya ada terbaca tentang UberEATS yang sudah mulai dikongsi oleh beberapa blog di Malaysia. Kehadiran sistem pembelian makanan online ini nampaknya sudah mula diminati oleh kebanyakan pengguna di kawasan ibukota.


Sebenarnya UberEATS sudah terdapat di kebanyakan negara besar seperti USA dan UK. Dan sudah terdapat di 77 negara seluruh dunia. Dan kini sudah tiba rakyat Malaysia pula menikmati perkhidmatan ini.

Kawasan Perkhidmatan UberEATS Malaysia - Kuala Lumpur

Bagi anda yang tinggal di kawasan luar ibu negara mungkin akan berasa terkilan sedikit kerana masih tidak terdapat di kawasan anda. Jangan risau kawasan UberEATS akan diluaskan dari masa ke semasa. Buat masa ini, pada permulaan pembukaan UberEATS hanya merangkumi kawasan Kuala Lumpur sahaja. Itupun tidak semua kawasan yang meliputi perkhidmatan ini.

Antara kawasan yang sudah mempunyai perkhidmatan UberEATS ini adalah :
  • KLCC
  • Bukit Bintang
  • Hartamas
  • Bangsar Baru
Setakat ini sahaja informasi yang saya ada. Saya update lagi dari masa ke semasa.

SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments