Tip Jimat - Gaji Rm1500 dan Simpan Bulanan Rm500 ?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Pada entry kali ini sahaja saya nak ceritakan tentang bagaimana kita dapat menyimpan wang sehingga Rm500.00 sebulan walaupun gaji anda adalah Rm1500 bersih setiap bulan.

Jika mengikut pengiraan ia adalah mustahil dan susah untuk dilakukan. Tapi percayalah masih ada lagi orang diluar sana yang dapat lakukan dengan baik.

Baiklah saya akan kongsikan tips ini secara berperingkat, supaya anda dapat follow setiap bait penerangan yang akan saya sampaikan kelak.

Tips Pertama #1

Semak Semula Komitmen Bulanan Anda.

Ya! Ini adalah langkah pertama dan merupakan langkah yang paling pantas untuk anda perbaiki kedudukan kewangan anda secara serta merta!

Apa yang anda perlu lakukan sekarang... ambil sekeping kertas dan sebatang pen.

Kemudian, tulis dan senaraikan semua item yang anda perlu bayar secara bulanan beserta jumlahnya.

Ya! Senarikan semua sekali.. termasuk hutang, bil, yuran taman (jika ada), duit kutu dan segala-galanya yang anda perlu bayar secara bulanan.

Contohnya...

Sewa / Hutang rumah...... RM XXX
Hutang Kereta .... RM XXX
Hutang Motorsikal...... RM XXX
Hutang Kad Kredit ...... RM XXX
Hutang PTPTN....... RM XXX
Hutang Personal Loan...... RM XXX
Caruman ASBLoan......RMXXX
Hutang Court Mammoth/Senheng...... RM XXX
Bil Air...... RM XXX
Bil Elektrik...... RM XXX
Bil Telefon...... RM XXX
Bil Internet/Unifi...... RM XXX
Bil Astro...... RM XXX
Bil Penapis Air (coway/cuckoo)...... RM XXX
Yuran Sekolah Anak...... RM XXX
Yuran Gym...... RM XXX
Yuran Van Sekolah...... RM XXX
Yuran Keselamatan Taman/Apartment...... RM XXX
Caruman Takaful/Insuran...... RM XXX
Caruman Medical  Card...... RM XXX
Langganan iflix/netflix...... RM XXX
Duit ibu/bapa...... RM XXX
Nafkah Isteri...... RM XXX
Belanja sekolah anak-anak...... RM XXX
Kad Touch N Go...... RM XXX
Kad Akses Parking Bulanan...... RM XXX

Ambil masa, fikir dan ingat semula semua bayaran yang perlu anda bayar pada setiap bulan.
Senaraikan semuaaanya!

Anda mungkin akan terkejut dan dapati, begitu banyak benda yang anda perlu bayar pada setiap bulan.

Jadi anda akan sedar mengapa asyik tidak cukup duit setiap bulan!

Setelah anda senaraikan semuanya....
Langkah seterusnya adalah BUAT PENILAIAN SEMULA bagi setiap item tersebut.

Adakah ia boleh DIBATALKAN / DIHENTIKAN?

atau,..

Adakah ia boleh DIKURANGKAN jumlah bayarannya?

atau..

Adakah ia boleh DIUBAH kepada pilihan lain yang lebih murah?

Contohnya :

Bil astro, bolehkah ianya dibatalkan? atau dikurangkan (tukar pakej basic) atau diubah kepada pilihan yang lebih murah seperti NJOI / HyppTV ?

Saya dulu pun pasang astro juga.. tapi saya ambil keputusan untuk potong terus dan jimat RM80 sebulan.

Kesian anak-anak tak dapat tengok cerita kartun lagi?
1-2 minggu je mereka sedih.. lepastu ok dah! Langsung tak tengok tv dah sekarang! Lebih banyak baca buku dan buat aktiviti yang lebih sihat.. :)

Bil telefon.. bolehkah dikurangkan penggunaannya? atau ditukar kepada pakej telco lain yang lebih murah? Pengalaman saya.. dahulu saya gunakan telco MXXXX.. sebulan bayar RM90-RM120, saya bayar je setiap bulan sebab dah lama pakai dan dah selesa. Malas nak tengok pakej telco-telco lain.

Tapi satu hari... saya ambil masa untuk nilai semula dan buat perbandingan pakej-pakej yang ditawarkan oleh telco lain. Saya cari, pakej yang sesuai untuk penggunaan saya.

Kemudian baru saya sedar, saya sudah terlebih bayar selama ini. Akhirnya, saya tukar ke telco lain, tetapi masih mengekalkan nombor yang sama. Di telco baru (Redone), saya hanya bayar RM16 sahaja sebulan! Besar perbezaannya! Banyak duit yang saya dapat jimat!

Itu baru 2 item saya batalkan dan ubah! Ianya sudah pun memberikan penjimatan hampir RM200 kepada saya setiap bulan.

Banyak lagi perkara yang saya UBAH DAN BATALKAN! Hinggalah kepada langkah yang besar dan drastik seperti refinance loan rumah dan kereta!

Tapi untuk langkah permulaan ini. Kita semak dan ubah dulu perkara-perkara kecil.

Dengan hanya menyemak semula apakah yang anda bayar pada setiap bulan. Kemudian, buat penilaian semula. Saya jamin, banyak wang yang boleh anda jimatkan pda setiap bulan!

Boleh?

Saya harap anda dapat lakukan terus tips ini sekarang!
Ianya tidak lama.. hanya ambil masa dalam 30 minit sahaja untuk dilakukan.

Selamat mencuba!

Insyallah kita jumpa lagi di tips yang seterusnya!

Jika anda tidak sabar dan mahukan lagi tips boleh dapatkan di laman sesawang ini --> TipsJimat.com

Kredit : Penulis Ebook TipsJimat.com Encik Zahid Zainal.

SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments