Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Baiklah kali ini saya nak bercerita pula cara nak melakukan pendaftaran menjadi pemandu Uber dengan menggunakan aplikasi yang boleh di muat turun untuk telefon pintar anda. Sila ikuti langkah berikut untuk melakukan pendaftaran.

Sebelum anda bermula untuk mendaftar menjadi pemandu Uber ada beberapa syarat yang perlu anda turuti. Jika salah satu tidak mencukupi anda tidak akan melepasi tapisan menjadi pemandu yang sah. Buat masa ini syarat-syarat untuk menjadi seorang pemandu uber adalah seperti berikut:

  1. Kereta keluaran tahun 2008 dan keatas
  2. Kenderaan yang anda gunakan mempunyai 4 pintu
  3. Anda berumur 21 tahun keatas
  4. Mempunyai lesen penuh ( P tidak dibenarkan )
  5. Nama ada dalam Insuran cover note kenderaan yang anda gunakan. Sama ada pemandu atau second driver.
Dokumen Diperlukan Sebelum Mendaftar
  1. Gambar Kad Pengenalan 
  2. Gambar Lesen Memandu
  3. Cover Note Insurans Kenderaan Yang Anda Guna

Step 1
Muat turun aplikasi Uber Driver kedalam telefon pintar anda.

Untuk telefon pintar jenama iPhone, telefon anda mestilah mempunyai sistem operasi atau iOS versi 8 ataupun paling terkini untuk menampung kelancaran ketika sistem aplikasi Uber ini beroperasi.

Manakala untuk Android, telefon pintar anda mestilah keluaran 2013 keatas dan mempunyai sistem operasi versi 4.0 dan keatas.

Anda juga boleh mendapatkan aplikasi ini melalui playstore anda atau laman sesawang Uber iaitu http://t.uber.com/drive-now

Setelah selesai install dalam telefon anda, jalan lupa untuk menekan "Allow" ketika aplikasi ini meminta kebenaran untuk mengesan lokasi anda menggunakan gps. Ayat seperti berikut (Allow “Uber Driver” to access your location while using the app? ).

Step 2

Masuk ke dalam aplikasi anda, dan terus tekan register atau daftar untuk memulakan proses pendaftaran.

Isikan kesemua maklumat diatas dan antara perkara penting yang perlu diisikan adalah City / Bandar dan juga "Invite Code". Ini kerana City /  Bandar itu menentukan kawasan kebolehoperasian aplikasi anda. Atau dengan kata lain bandar yang anda pilih untuk memandu.

Untuk Melihat Kawasan Yang Mempunyai Perkhidmatan Uber Klik Sini

Manakala, pengisian invite code akan membolehkan anda mendapat support group dari saya dan beberapa bantuan dari saya seperti video panduan, bahan rujukan dan sebagainya berpandukan pengalaman saya.

Semasa proses pendaftaran sila masukkan invite code ini --> tuj6ums4p

Step 3

Upload atau tangkap gambar dokumen-dokumen anda seperti Kad Pengenalan, Lesen memandu, cover note insurans anda, dan juga gambar wajah anda




Step 4

Setelah proses diatas selesai, sila masukkan pula nama bank dan nombor akaun dengan menggunakan web browser di alamat sesawangnya http://vault.uber.com/.


Step 5

Tunggu selama 2 hingga 5 hari bekerja untuk akaun anda diluluskan dan diaktifkan. Akan diberitahu melalui email atau sms.

Contoh Email Akaun Sudah Aktif


Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui Whatsapp di talian dibawah dengan klik link dibawah

http://uberdaftar.wasap.my

atau

011-20868385



SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber