Tips - Elakkan Hartanah Seperti Ini. - Bahagian 2

Assalammualaikum


Ini sambungan dari post yang lepas.... 4 Ciri rumah yang perlu anda elakkan apabila ingin membeli rumah lelong.

3. Pemaju Sudah Tidak Wujud

Bagi hartanah yang belum dikeluarkan hakmilik individu atau hakmilik strata, jika anda dapati pemaju sudah tidak wujud atau tak pernah dengar pun nama pemaju tu, eloklah diselidiki dahulu atau tinggalkan sahaja niat nak membeli hartanah tu. Pemaju yang telah digulungkan syarikatnya akan menyukarkan anda membeli hartanah lelong kerana syarikat tersebut diambil alih oleh liquidator. Kelulusan daripada liquidator biasanya mengambil masa yang agak lama, berkemungkinan waktu anda mendapat kelulusan tempohnya telah tamat.

4. Kebenaran Dari Pemaju Tidak Diperolehi

Bagi rumah yang tidak mempunyai hakmilik individu atau hakmilik strata, pihak peguam yang hendak melelong dimestikan mendapatkan kebenaran dari pihak pemaju terlebih dahulu supaya memudahkan pembelian oleh pembeli yang baru. Pernah saya hadapi satu kes dimana peguam tidak mendapatkan surat kebenaran pemaju telah melelong hartanah tersebut tetapi pemaju enggan memberikan kebenaran.

Bagaimana nak buat ? masa berjalan tempoh penyelesaian semakin hari semakin singkat ! Jika kes begini anda tiada jalan lain melainkan membuat permohonan ke Mahkamah bagi mendapatkan perintah agar pemaju berkenaan memberikan kebenarannya jika tidak Mahkamah mempunyai kuasa untuk menandatangani apa-apa dokumen untuk memberi kesan perpindahan hakmilik hartanah tersebut.

Itulah 4 ciri rumah yang perlu anda hindari apabila ingin membeli rumah lelong.

Sekian,

Original Article from Ahmad Tarmizi Jusoh (RumahLelong Dot Com)

Maklumat lanjut klik sini >> Rahsia Rumah Lelong

Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments