Tips : Membuat Kajian Pasaran Online

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada usahawan & sahabat-sahabat sekalian,

Sekarang tahun 2016.

Jika anda seseorang yang berniaga secara online, anda kena pandai kaji trend terkini kegemaran rakyat Malaysia.


Anda perlu tahu beberapa perkara seperti :

1. Di mana mereka berkumpul?
2. Di mana mereka bersembang?
3. Di mana mereka lebih banyak luangkan masa?
4. Di mana bermulanya sesuatu "hashtag" trending itu?
5. Bagaimana untuk menyelami trend terkini mereka seperti tarian terkini, recipe terkini, makanan terkini dan sebagainya.
6. Dan banyak lagi

Jika kita tidak endah semua perkara yang berlaku di sekeliling kita, maka bersedialah untuk rugi yang tidak dapat kita bayangkan.

Perniagaan online kita akan menjadi bosan, tidak mendapat sambutan, dan menjadi carca marba.

Di saat pesaing kita berlumba-lumba mengumpul bilangan pelanggan, kita pula terhegeh-hegeh buat pemasaran yang sama dan tidak mendapat hasil yang setimpal.

Jom Kaji Pasaran Dalam Trend 2016 ini! Semoga anda sukses.

SyazwanJaudin
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments