Gelagat Manusia : Tolak Dan Tarik

Assalammualaikum

tolak tarik push pull sign doorPagi ini aku pergi teman kawan aku pergi bank... saja ajer, sebab urusan kerja di pejabat pun dah tak banyak... sebab sudah banyak yang aku selesaikan minggu lepas...

Setiba saja kat depan bank, parking pula penuh... so aku beri cadangan kepada kawan aku untuk pergi ke bank dahulu, sementara aku bawa kereta dia pergi mencari parking...

Lima enam kali aku buat tawaf blok bangunan bank berkenaan, akhirnya aku dapat juga parking kereta mengikut piawaian atau undang-undang Majlis Perbandaran tempat berkenaan... kalau tak kena saman poit...

Kebetulan nak dijadikan entry untuk hari ini, aku dapat parking pula betul-betul hadapan bank yang kawan aku pergi.. So, bermulalah kisahnya....

Mencipta kreativiti Otak

Asalnya, aku nak keluar dari kereta dan pergi sertai kawan aku kat dalam bank. Tapi sebab kereta parking betul-betul depan bank, aku nampaklah keadaan dalam bank tu serba sedikit. So, aku tunggu saja la dalam kereta...

Kerja menunggu begini membuatkan aku bosan. So, aku pun membuat salah satu aktiviti kegemaran aku iaitu melihat gelagat manusia. Aktiviti seperti ini memang sudah menjadi kegemaran aku sejak azali lagi. Kerana aktiviti seperti ini dapat menenangkan fikiran aku dan menajamkan lagi otak aku dalam mencipta kreativiti...

Kalau korang tak percaya cubalah sendiri... Pasti korang dapat banyak idea untuk menulis nanti...

Gelagat Manusia : Tolak Dan Tarik

tolak tarik push pull sign doorKorang pernah nampak gambar kat sebelah ni.... 

Nampak dekat mana? Selalunya di bank kan....

Ketika aku menjalankan aktiviti "Melihat Gelagat Manusia", aku perhatikan ramai yang tidak mengikut arahan yang telah tertulis dipintu bank berkenaan... Kenapa?

Entah aku pun tak tahu... hehe... aku bukan pakar... Dalam pemerhatian aku, dari 20 orang yang masuk ke dalam bank tu, hanya 4 orang sahaja yang mengikut arahan yang tertera dipintu bank berkenaan.

Iaitu kira-kira dalam 20 peratus sahaja yang ikut arahan... 

Persoalannya kat sini kenapa yer?

Mungkin selepas ini kalau aku da buat sedikit research, aku akan dedahkan semula pasal isu ini....


BlogLeaderTalk

Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments