Ramadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum,

Sejarah Ramdhan
Puasa Ramdhan difardhukan pada bulan Syaaban tahun kedua hijrah. Sebelum itu, puasa telah diketahui oleh umat-umat sebelumnya dan juga Ahli Kitab yang hidup sezaman dengan Nabi S.A.W. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa". (Surah Al-Baqarah :83)

Walau bagaimanapun, kewajipan puasa Ramadhan tidak pernah disyariatkan sebelum itu. Persamaan yang wujud di antara umat ini dengan umat-umat dahulu ialah puasa disyariatkan. Tetapi kefardhuan puasa Ramadhan hanya kepada umat Nabi Muhamad S.A.W.

Pesanan Rasulllah menyambut Ramadhan

Menjelang bulan Ramadhan, Rasullah s.a.w selalu memberikan beberapa nasihat dan pesanan. Azimat Baginda ini terungkap di dalam salah satu daripada khutbah Baginda seperti:

"Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa berkat, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari yang utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Detik demi detik adalah waktu yang paling penting."

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh Nya.Di bulan inin nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Bermohonlah kepada Allah dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitabnya.

Jagalah dari api neraka walaupun dengan sebiji kurma.

Enjoy!

--
Silalah lawati website-website saya ini.

http://blogleadertalk.blogspot.com
http://www.SegarNetwork.com/hebat01
http://www.youtube.com/watch?v=obesZRL-_LQ
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=BlogLeader
http://tinyurl.com/5w9r3l
http://rm5je.com/?ref=291
http://tinyurl.com/63nngq
http://www.perigiduit.com/?ref=Blew01
http://kuasaduit.webs.com/
http://www.thevideosense.com/user/kuasaduit/

Comments